.selamat.berpuase! ^_^

pejam celik pejam celik dah msuk bulan Ramadhan 2011 atau 1432 Hijrah..
bermakne bermula ibadat puase bg seluruh umat islam di dunia..
so, jgn nak ponteng2 yew..dosa...;)   

 
 KELEBIHAN DI BULAN PUASA

1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
icon cool Bulan Ramadhan 2011 : Selamat Berpuasa Kepada Semua Pembaca Daripada Ohduniaku!! Memberi berbuka banyak pahala
9) Bulan keampunan :
- Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
- 10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
- 10 hari pertengahan – pengampunan,
- 10 hari terakhir – kemerdekaan api neraka.
AMALAN-AMALAN DI BULAN PUASA
(Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)
 
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
icon cool Bulan Ramadhan 2011 : Selamat Berpuasa Kepada Semua Pembaca Daripada Ohduniaku!! Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur – utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20) Hadiri majlis ilmu
21) Buat baik kepada ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pada suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i’tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Mengeluarkan zakat fitrah

.Malaysia 1 - Singapura 1.

berakhir lah perlawanan bagi menentukan siapa yg layak ke Piala Dunia 2014..huhuhuu~ 

Malaysia kalah jugak di tangan Singapura..agak geram dgn pasukan Singapura yg fuhh...begitu pndai brlakon bg 
melengah-lengahkan mase..hadOi..memg amat2 menyakitkan aty..tp x kesah la..kalah menang 2 kan adat 

perlawanan..hehehee~ ape pun saya bangga menjadi rakyat Malaysia..memg happening la rakyat 

Malayasia..pnuh stadium Bukit Jalil..fuhhh..cayaalaahh...;) MALAYSIA BOLEH! hehehee~

walaupun kalah, tp semangat yg dorang tunjukkan buat saya bangga..x pew..mngkin lum de rezeki..ley 

cube lagi...(^_^)
peace yaw!


.gO TIGERS.!

semua org tau mlm ni pertembungan antara Malaysia dan Singapura bagi kelayakan 

Piala Dunia 2014 di Stadium Bukit Jalil..dgr2 tiket da abes..

fuhh, kompem gamat giler r stadium mlm nih..spt biase org len berpusu-pusu ke stadium, 
 
aku beri sokongan ikut tv jelah brsame family....hahahhaaa~

so, tuk same2 menaikkan lagi semangat pasukan kite jOm nyanyi lagu-lagu semangat Malaysia nih..enjoy..

 go tigers!
 dj ERA pun bersemangat nih.. :)
 GO TIGERS!
HITAM.KUNING. 
  peace yaw!

.bola...bola..dan bola lagi....

Bola, bola, bola... Sekarang semua heboh cerita pasai bola, ke mana hala tuju bola sepak negara kita sebenarnya?  Perlawanan baru-baru ini di Singapura pun Malaysia kalah 5 - 3 , harap-harap perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai 2011 akan membuah hasil pada skuad bimbingan Datuk K Rajagopal...



Sedihnya, Bola sepak Malaysia kalah dengan Singapura dengan keputusan 5-3. aku ini yang tak minat sangat bola sepak pun melayan siaran langsung perlawanan bola sepak antara Singapura dan Malaysia setelah beberapa tahun tak tengok bola sepak..hehehe…
Walaupun kalah, Malaysia kalah bergaya.. Not bad..

Walaupun mula-mula pemain Malaysia agak tak bersemangat sikit dan kalah dengan 4-1 ,  tapi pada masa kedua, Malaysia berusaha menjaringkan dua lagi gol.
Lucu pula, sebab aku yang tak tahu pasal bola ni pun mengomen.. haha.. Tapi Malaysia pun hebat juga dan mereka berusaha sebaik yang mungkin. So dont give up Malaysia.. peace yaw!

.bola..bola..bola..

Seakan iri hati melihat skuad bola sepak kebangsaan mendapat dua perlawanan persiapan hebat menentang Arsenal dan Liverpool, jurulatih Singapura, Radojko Avramovic menyatakan bahawa prestasi para pemainnya kini turut berada pada tahap terbaik.
Berbanding Malaysia yang tewas 0-4 dan 3-6 pada kedua- dua perlawanan itu, Singapura ‘lebih garang’ apabila menang ketiga-tiga perlawanan persiapan menentang Maldives (4-0), Etoile FC (2-1) dan Taiwan (3-2).
Menurut Avramovic, rekod lampau membabitkan pertemuan Singapura dan Malaysia sebelum ini tidak lagi penting kerana pertarungan merebut satu slot ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014 itu lebih penting.
“Saya rasa tak adil untuk kita banding dengan skuad- skuad terdahulu kerana ini adalah satu perlawanan yang berbeza. Sedangkan seorang pemain pun mampu mengubah situasi.
“Kami kini sedang meningkatkan keupayaan pasukan dan sikap para pemain serta mentaliti mereka tampak semakin baik sepanjang beberapa aksi persahabatan sebelum ini.
“Pemain-pemain kami kebanyakannya sudah lama beraksi bersama. Cuma persiapan kali ini agak sedikit singkat.
“Tetapi sudah tentu pada akhir perlawanan, saya mahu melihat Singapura menjaringkan gol lebih banyak berbanding Malaysia,” kata Avramovic pada sidang media praperlawanan di Hotel Amara di sini semalam.
sejak bile minat bola nih..?? tingtong! hahahaa~ x kesah lah..yg pasti memg minat pada bola nih da makin membuak-buak lam diri nih..

hah..smalam brlangsungnye perlawanan pertama Malaysia vs Singapura..tp yg agak kecewa nye nape smlm permainan Malaysia cam x jd jew...geram pun ade tgok..haish!-_-'

akhirnye..kite kalah jugak..5-3..tp x pew..masih ade 1 agy prlawanan.sO pastikan Malasia menang..chaiyOk2! hehehee~ peace yaw!

..falling.in.lOve...

jumaat mlm hari 2 de APM..so, spt biase sy tgOk la sbb ct nurhaliza ade..hahahaa~ tgOk2 smpai ct

wat prsembahan lagu baru..lagu omputih lak 2..uiks..de kelainan, gud jOb!;)   

tp yg pasti, i,m fall in lOve ngn lagu ni...best seyh...tp bg i la.. sbb i kn memg fans ct...ngeee~ sO..jom kite lyn 

lagu nih...  peace yaw!

.kepercayaan.

ary ni nk ckp pasal kepercayaan..x kesah lah, dlm prcintaan kew, perkahwinan kew, yg pasti kpercayaan ni penting kn..;)    


 kepercayaan ada dlm setiap jiwa manusia.kepercayaan 2 tinggi maknanye & teramat berharga.percaya x kalau saya ckp susah nk cr kpercayaan 2, tp mudah sekali untuk menghilangkannye...?? ;) dlm sesuatu hubungan, kpercayaan lah yg akan membuatkannye kekal forever.. :)


so, walau byk mane pun simpanlah kepercayaan itu selagi ada..
jgn sesekali kite letakkan kpercyaan kite pada yg menipu.
dan jgn pulak sesekali kite menipu pd org yg mempercayai kite..

peace yaw!

.dunt.emotional.

Sebagai manusia biasa, tindakan kita sentiasa dipengaruhi oleh emosi kita. Apa yang kita fikir, apa yang kita buat dan apa yang kita cakap secara langsung atau tidak bergantung kepada perasaan kita. Walaupun akal sepatutnya menentukan segala perlakuan, tutur bicara kita, tetapi emosi memainkan peranan besar dalam pelaksanaan akal membuat keputusan.

Apabila kita marah, emosi kebiasaannya menjadi penambah buruk keadaan. Sebaiknya dalam keadaan marah, jangan sesekali membuat keputusan supaya tak menyesal di kemudian hari. Keputusan yang dibuat dengan perasaan marah selalunya tidak berlandaskan akal yang waras. Jadi lebih elok untuk kita mengawal rasa marah, apabila sudah reda perasaan marah yang ada barulah fikirkan keputusan terbaik yang patut diambil. Kalau dibiarkann perasaan itu meletus, alamatnya buruklah keadaan kerana perasaan marah itu akan ditambah dengan perasaan benci dan khianat.

Kadang kala bila kita marah, kita protes, kita bertindak rebellious untuk tunjukkan perasaan tidak puas hati. Kita buat ini, kita buat itu untuk tarik perhatian dan tunjukkan yang kita sedang marah. Kita sanggup melanggar janji dengan sengaja semata-mata kerana kita berasa marah dengan sesuatu. Bukankah itu sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan walau semarah mana kita sekalipun. Sentiasa ingat bahawa marah bukan bermakna kita mempunyai kebenaran untuk tidak berpegang pada janji dan mengkhianati orang lain adalah jalan penyelesaian yang salah.

Emosi juga boleh jadi pemangkin bila kita dalam keadaan bimbang. Risau yang sepatutnya di tahap biasa menjadi-jadi bila digalakkan oleh emosi. Sebab itulah senang untuk seseorang hilang pertimbangan dengan emosi yang tak tenteram kerana pertimbangan dengan emosi negatif akan turut bersifat negatif. Penting untuk kita mempunyai kawalan terhadap emosi kita supaya kita tak lakukan perkara-perkara yang dikategorikan sebagai bodoh serta dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

;)
peace yaw!

.elakkan.yaw!.

Mungkin kita sedar dan mungkin tidak… dalam niat baik kita itu, mungkin tindakan kita hanya akan membuatkan pasangan kita menjadi menyampah dan benci dengan cara kita.
Kerana itu jugalah, kita sepatutnya, bukan hanya patut tahu cara menjaga cinta, kita juga patut tahu bagaimana cara, boleh kehilangan cinta itu, agar, kita tidak melakukan kesilapan itu di masa hadapan. ;)
Kita tidak mahu, yang sudah bercinta boleh menjadi hambar, yang baru nak memikat, terus saja ditolak dan yang baru-baru rapat tiba-tiba hilang atau tidak semesra dulu lagi. Betul tak?
Jadi, ada baiknya kita berhati-hati dan elakkan beberapa cara ini atau perangai yang tidak ramai orang boleh terima ini. Mungkin bagi anda, ianya mesti dilakukan atau mesti cakap, atau pun mesti mengajar…tetapi, sebenarnya untuk menyampaikan maksud anda kadang-kadang kita kena biarkan pasangan kita belajar melalui pengalaman. Biarkan dia tahu melalui perbuatan dan kesilapan. Kadang-kadang cara begitu lebih berkesan.

Jadi, Elakkan 8 cara ini. Moga-moga Percintaan anda terus hangat! :-
  • Cara 1 :  Terlalu Cemburu Cemburu boleh cemburu kerana cemburu itu tandanya sayang, kan. Tetapi cemburu sikit-sikit sudah lah. Tak perlulah sampai naik darah, mengamuk, terjerit-jerit macam orang hilang akal. Sehingga bergaduh dan naik tangan. Cemburu sebegitu memang cara untuk HILANG CINTA, …elakkan!
  • Cara 2 : Terlalu Suka Menegur – Menegur untuk kebaikan, bagus. Namun sekiranya kita asyik menegur sepanjang masa, semua yang dilakukan tak betul dan tak kena, sentiasa cuba perbetulkannya… ia pasti akan membuatkan pasangan anda menjadi teramat bosan! Sesetengah orang punya sifat seperti, “Ini tak boleh ni, aku kena tegur, biarlah kalau dia benci pun…” – hehe… like I said earlier, sometimes kita tak perlu tegur dan kena biarkan, supaya dia belajar dari pengalaman.
  • Cara 3 : Tidak Berdikari – Mungkin pada awal perhubungan, pasangan anda tidak kisah dan sanggup membantu anda dalam kehidupan seharian, support anda. Tetapi, jika sekian lama bersama anda masih juga bergantung harap kepadanya dan tidak boleh berdikari, anda akan dianggap sebagai pasangan yang hanya membebankan dia. Lama-kelamaan dia akan bosan, kena pulak datang seseorang yang very independent, habislah you ;)
  • Cara 4 : Tidak ada PROGRESS – Di dalam hidup kita ni, kita kena ada kemajuan atau progress. Ada pasangan yang cakap “Susah senang bersama hingga ke akhirnya” …ya laaa tu! Klau sudah bertahun-tahun masih ditakuk lama, nak kahwin tak ada budget, nak bercinta or dating or tengok movie pun pasangan yang support… Sampai bila nak susah bersama? Perangai sebegini, memang akan hilang cinta! — Berusaha bersungguh-sungguh untuk kejayaan masa depan anda. At least setiap tahun ada kemajuan walaupun sedikit itu sudah memadai untuk menunjukkan anda berusaha.
  • Cara 5 : Terlalu mengongkong – Binatang lagi benci apabila ia disekat dan dikurung. Apatah lagi manusia! ;) Sekiranya pasangan anda benar-benar cinta, tak perlu nak control dia dan sekat dia dari melakukan apa saja yang dia mahu lakukan. Free kan dia…kalau dia adalah kekasih sejati InsyaAllah dia akan terus setia pada anda walau dimana pun dia berada. Kalau tak setia tu… Alhamdulillah, anda terlepas dari seorang manusia yang hanya akan menghancurkan masa depan anda saja.
  • Cara 6 : Tidak bijak membuat keputusan – Setiap kali ditanya, “Nak makan apa? Nak buat apa? Nak pergi mana?” …jawapan anda hanyalah “TAK TAHU?!” – Perangai sebegini juga akan membuatkan anda bakal kehilangan cinta. Ini adalah kerana anda mempamerkan diri yang tidak bijak membuat keputusan dan tidak tahu apa yang anda mahu dalam hidup. Seperti tiada pendirian hidup. Elakkan dari menjadi seperti ‘Lembu ditarik hidungnya’
  • Cara 7 : Terlalu mengikut kata PARENTS – Hehe…sensitif isu actually kan. Some parents surelah nak anak dia ikut cara dia saja. Some bagi freedom. To me, balance it sedari awal, agar semua pihak happy. Kerana, ramai yang terlalu mengikut kata parents… bujang sampai ke tua! Bukan hilang cinta lagi dah, gelap gelita bayang cinta pun tak nampak dah! So hati-hati…
  • Cara 8 : Effort Hanya sebelah pihak – Okay, this matter adalah untuk both of you! Jika hanya sebelah pihak saja yang berusaha, yang buat itu dan ini, sebelah lagi hanya menerima saja, CINTA AKAN HILANG bila-bila masa sahaja. Jika masih bersama pun, sebenarnya sudah TIADA CINTA lagi. Cinta PERLU bersama, berdua… kalau pentingkan diri sendiri saja …cara anda memang cara untuk HILANG CINTA tidak lama lagi.
Cukup ke tak? Hehe… sebenarnya, banyak lagi dan berbagai-bagai cara lagi anda boleh kehilangan cinta. So, watch out!
Elakkan kesemua cara-cara yang penuh dengan negativity ini. Jika anda berada di dalam mana-mana situasi begini, ianya masih belum terlambat untuk anda berubah. Kerana, hidup ini penuh dengan CHANCES… grab it while you can! And make that changed…


Namun jika anda telah elakkan kesemua cara ini dan juga telah elakkan banyak lagi perangai-perangai yang boleh membuatkan cinta itu hilang…somehow, hilang juga cinta itu, well itu bermakna, sememangnya anda dan dia memang Allah jadikan untuk tidak bersama dan pasti, Allah ada menyediakan orang lain yang cukup manis dan cukup masinnya untuk anda. Cuma masa hanya yang akan menentukannya… all you have to do, is to BELIEVE!

peace yaw!

.nape.tibe.tibe.saya.berblogging.?


  • sebab kdg2 boring duk kt opis..
  • sebab suke bace blog org lain...* bley plak mcm 2 kan..hak3~
  • sebab org kate blogging ni best..btOi ka..?? nk tau saya kene berblogging la..kn2..? :)
why name blog saya inibelogas..?
  •  mule2 nk berblog nih, terpikir la nk ltk pew ea..smbil duk pikir2 tibe2 trpacul dr mlt..eh2, ini blog as lah..so, dipendekkan kesahnye, gabungkan jelah..jadilah inibelogas...cun x..?? hahahaa~ peace yaw!

.munuju.puncak.

dah mcm lagu AF plak..x kesah lah..hehehee~
akhirnye....berjaye jugak ke puncak bkt bauk..so pasni kalau sape2 tnye da smpai lum, ley la jwb ngn bangganyee da sampai da...muahahahaa~ tp...fuhhh...penat giler..smpai 2, 3 ary x ilang2 lenguhnyee..huk3~ cane nk ilangnyee..x de warming up pape trus jew naik...memg laa..hak3~ x kesah la kan, jnji syokk abess...
ni de cket2 pic kteorang menuju puncak..hehehee~ peace yaw!

.dah mcam.budak.sekolah.hak3~


.yah!kite.watpe.nih.(^^,)

.disebalik.pokok.pokok. :)

.pemandangan.yg.memg.lawa.giler.dr.atas.nih.

.muke.penat.da.nk.blik.sudaaa.

.bukti.bos.&.yah.smpai.ke puncak.yeah!

.odw.ke.puncak.

odw.pulang.nice.jmbatan.kui3~
.dimana.saja.kamera.ttp.brsame.hak3~

ciNta jaRak jauH...

PERNAHKAH anda berasa terlalu jauh dengan seseorang? Apabila perasaan sayu dan kerinduan yang mendalam terhadap sidia, ia membuat anda sering termenung memikirkan dirinya.

Bayangkan anda bertugas nun jauh di utara tanah air sedangkan si dia pula di selatan. Mengatur temujanji dengan komitmen yang banyak sedangkan pada masa yang sama, rindu terhadap si dia meluap-luap, pastinya hati tidak keruan dibuatnya.

Percintaan jarak jauh adakalanya begitu menduga biarpun sesekali terasa seronok dan terbuai oleh kejujurannya. Namun adajuga menaruh curiga dengan pasangan kerana takut kasih sayang yang sedang disulam terhakis perlahan-lahan.

Bagaimana untuk memelihara dan mengekalkan percintaan ini? Pelbagai perasaan yang merungsingkan, menyedihkan dan memeningkan apabila berada dlm situasi sebegini. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu dihadapi.

Untuk mengatasi dan mengekalkan hubungan itu, di perturunkan petua ini supaya anda lebih bertindak rasional serta memperkukuhkan lagi jalinan ikatan selain menyuburkan kasihsayang agar berpanjangan.

-Percaya pada pasangan---Apabila berjauhan, kita hendaklah percaya pada sidia. Pentingnya sikap saling mempercayai kepada pasangan kita, itulah tunjang kepada kesetiaan.
-Setia walaupun jauh---Ketika berjauhan berbagai dugaan akan terjadi, terutama rindu yang teramat kerana sidia jauh dimata. Sunyi juga menyelubungi,hanya kawan jadi penghibur sementara.Tapi harus ingat kawan tidak sama dengan orang tersayang.
-Berjumpalah walau seketika—Jauh bukan alasan. Cinta perlukan komitmen.Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, ikhtiarkan masa untuk berjumpa. Perjumpaan akan mengeratkan lagi hubungan.
-Bertanya khabar---Berbagai cara untuk bertanya khabar seperti menalipon, hantar sms, chating di YM, kirim kad atau surat dan sebagainya. Kedua belah pihak mesti sentiasa bertanya khabar dan saling menghubungi.
-Sambut hari ulang tahun bersama—Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut ulang tahun bersama-sama, sudah pasti akan menggembirakan dan akan menjadi kenangan ketika sendirian.
-Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah—Cinta jarak jauh memang sukar. Teutama bila datang kerinduan, tapi jangan di jadikan alasan utk membubarkan percintaan itu. Jadikan ia sebagai cabaran utk memberikan semangat meneruskan percintaan ini.
peace yaw! :)

testing..testing..3..2..1..

Assalamualaikum w.b.t...

setelah sekian lame, ni 1st percubaan saya menulis blog..hahaha..cam klakar pun ade..
actually sebelum ni x minat pun..huk3~ tuk ayunni, thnks a lot..wlaupun trpakse ilang follower yg ramai 2..muahahahaa~ pe pun, be happy.. peace yaw!